Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19

 

YSIJ & YAYASAN TEMASEK SUMBANG PELITUP MUKA DAN PERKAKAS VENTILATOR NON INVASIVE (BIPAP) KEPADA JKNJ

Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19. Bantuan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terus dikurniakan untuk membantu mangsa COVID-19 yang sedang melanda negara.

Pada hari ini (28 Jun) Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbangkan sebanyak 500 ribu pelitup muka dan 1,050 perkakas ventilator Non Invasive (BIPAP) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Sumbangan diserahkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan), Dr Sukhailah Daros sebagai wakil JKNJ.

Hadir sama,Pengarah Hospital Permai Johor Bahru, Dr Norazam Harun.

Dr Sukhailah mezahirkan ucapan penghargaan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan sumbangan tersebut kepada hospital-hospital di negeri Johor.

“Saya mewakili kakitangan JKNJ menjunjung kasih di atas sumbangan daripada Tuanku Sultan. Keperluan perkakasan ventilator Non Invasive (BIPAP) ini amat diperlukan untuk merawat pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada Royal Press Office (RPO) ketika ditemui.

Pada bulan Julai tahun lepas, 30 unit ventilator Non Invasive (BIPAP) turut disumbangkan oleh YSIJ dan Yayasan Temasek kepada hospital-hospital kerajaan di Johor.

#sultanjohor
#johor
#royalpressoffice

Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker