4,000 kes harian sukar dicapai dengan langkah semasa

4,000 kes harian sukar dicapai dengan langkah semasa

4,000 kes harian sukar dicapai dengan langkah semasa, Boon Chye beri amaran

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sasaran kurang 4,000 kes sehari untuk perintah kawalan pergerakan penuh tidak dilanjutkan mungkin lebih sukar dicapai dengan kluster tempat kerja merangkumi 2/3 daripada jangkitan harian Covid-19.



“Jumlah kes harian turut bergantung kepada jumlah ujian saringan yang dilakukan. Jika lebih banyak saringan dilakukan, jumlah jangkitan lebih tinggi. Jika ujian berkurangan, jumlah kes lebih rendah,” katanya kepada FMT.

Disebabkan itu katanya, jangkitan harian baharu bukan gambaran tepat keadaan Covid-19 dalam negara.

Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam bahawa Malaysia hanya akan beralih ke Fasa II Pelan Pemulihan Negara apabila jumlah kes berkurangan hingga bawah 4,000 sehari.

Petunjuk lain ke peralihan Fasa II ialah kadar penggunaan katil di Unit rRawatan Rapi (ICU) di tahap sederhana dan 10% penduduk lengkap dua dos vaksin.



Lee menggesa kerajaan mengkaji SOP tempat kerja, khasnya mengenai operasi, asrama dan pengangkutan pekerja kerana jangkitan tidak berkurang walaupun PKP penuh dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Ahli Parlimen Gopeng daripada PKR itu berkata, kerajaan juga patut memfokuskan kadar vaksinasi dan jumlah penggunaan katil ICU untuk beralih ke Fasa II.

“Jumlah dos dapat diramalkan dan dicapai jika vaksinasi dipercepatkan. Penggunaan katil ICU yang sederhana juga boleh dicapai jika kerajaan mewujudkan lebih banyak katil dengan alat bantuan pernafasan.

“Kapasiti untuk menangani kes tahap empat dan lima akan meningkat.”



Bagaimanapun katanya, jumlah kes harian bergantung kepada jumlah saringan yang dilakukan dalam sehari dan ia boleh kekal tinggi “selama-lamanya” jika kluster tempat kerja kekal.

Oleh itu beliau menggesa lebih ramai orang divaksin kerana katil ICU lebih sedikit diperlukan “ketika negara meningkatkan pengesanan kontak, yang masih tidak mencukupi”.

Sebelum ini, Lee dilaporkan berkata, pengesanan kontak perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas satu kes disahkan untuk menghentikan penularan. FMT

4,000 kes harian sukar dicapai dengan langkah semasa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker