Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0


Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0

Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0, kata Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak menggesa kerajaan tidak “membunuh” rakyat dengan kegagalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebaliknya menggunakan pendekatan lain untuk memerangi Covid-19.

“Jangan digagalkan juga ‘total lockdown’ yang telah disambung dua kali…jangan diheret lagi berpanjangan sebab ramai tengah lemas…Jangan bunuh rakyat,” katanya di Facebook.



Najib merujuk kadar kebolehjangkitan Covid-19 semalam yang menunjukkan peningkatan ke tahap tertinggi dalam bulan ini sejak 6 Jun lalu ketika nilai R-naught (R0) ialah 0.99.

Menurut data Kementerian Kesihatan, nilai R0 semalam ialah 0.99 dan sejak 7 Jun hingga kelmarin, nilai R0 sekitar 0.90 hingga 0.98.

Kadar positiviti, yang diperolehi daripada jumlah kes positif berbanding jumlah orang yang disaring, adalah 8.34% semalam. Rekod tertinggi sebelum ini adalah 8.28% yang dicatatkan pada 5 Jun lalu.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 semalam teruskan trend menaik dan paling tinggi sejak 6 Jun. Kadar positif semalam pula paling tinggi sepanjang 27 hari ‘total lockdown’. Makin lama ‘lockdown’, makin tinggi kadarnya, ya?



“PKP 2.0 sudah gagal…PKP 3.0/3.1 juga gagal..Kalau pendekatan sekarang tidak berhasil, ianya perlu diubah dan ditambah baik.”

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, PKP penuh yang sepatutnya berakhir semalam, akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian di bawah 4,000 kes. FMT

Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki parah ditetak rakan sebilik kerana bising



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker