Program vaksin Selangor lembab – Khairy

Program vaksin Selangor lembab – Khairy

Selangor agak lembap guna vaksin Covid-19 – KJ

Selangor merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai kadar penggunaan vaksin yang paling rendah iaitu di bawah 90 peratus setakat 27 Jun 2021.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, ini membuktikan Kerajaan Negeri Selangor agak lembap dalam melaksanakan proses vaksinasi di negeri itu.

“Setakat 27 Jun 2021, kadar penggunaan yang paling tinggi adalah Melaka (94 peratus), Terengganu (92%), Negeri Sembilan (92%) malah semua negeri lebih daripada 82 peratus kecuali Selangor.

“Saya telah usahakan supaya Selangor dapat tingkatkan kapasiti mereka. Ini soal kapasiti pengguna vaksin, sebab itu kita buka PPV besar.

“Kita nampak usaha di Selangor ini agak lembap walaupun ada vaksin, lebih banyak vaksin tidak digunakan,” katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tg Karang, di sini, hari ini.



Terdahulu beliau bersama Ahli Parlimen Tan Sri Noh Omar mengadakan lawatan serta merasmikan PPV baharu di l IPP Tg Karang, hari ini.

Dalam pada itu, pembukaan lebih banyak PPV sama ada mega mahupun kecil, usaha untuk meningkatkan kapasiti vaksin dapat dilakukan.

“Kita punya sasaran untuk Julai bagi setiap negeri ialah kadar penggunaannya 90 peratus. Maksudnya bila 100 vaksin itu sampai, 90 dos diguna secepat mungkin.

“Jangan simpan dalam peti sejuk sebab vaksin akan sampai setiap minggu.



“Sebab itu CITP Persekutuan telah buat keputusan untuk buka lebih banyak lagi PPV.

“Buka lebih banyak PPV bukan hanya yang berskala besar tapi macam PPV Tg Karang ini, kita buka supaya kapasiti dapat ditingkatkan,” jelasnya.

Mengulas mengenai PPV IPP Tanjung Karang, Khairy berkata, pembukaan PPV itu atas permintaan daripada wakil rakyatnya sendiri yang mahu memendekkan perjalanan penduduk Tanjong Karag untuk mendapatkan vaksin.

“PPV ini diwujudkan atas permintaan Ahli Parlimen Tg Karang, Tan Sri Noh Omar



“Sebelum ini penduduk Tg Karang terpaksa pergi ke Kuala Selangor ataupun ke UiTM Puncak Alam untuk mendapat vaksinasi mereka.

“Atas keprihatinan ahli Parlimen, supaya kita memendekkan jarak untuk mereka ke PPV

“Kita telah buka satu lagi PPV IPP Tg Karang yang dapat mengendalikan maksima kapasiti hariannya ialah 1,000 orang,” katanya.

Katanya lagi, PPV ini adalah PPV awam namun ia dikendalikan oleh pengamal perubatan swasta iaitu Poliklinik Medi Ihsan.



“Ia di bawah pengamal perubatan swasta untuk program imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa PPV yang lebih menghampiri populasi supaya kita tidak membebankan rakyat pergi terlalu jauh. untuk menerima vaksinasi,” katanya lagi. MG

Program vaksin Selangor lembab – Khairy


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Warga Emas 105 Tahun Selesai Terima Dua Dos Vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker