Ezad Lazim : Ketumbuhan Nasal Polyps, Suara Makin Sengau [VIDEO]

EZAD LAZIM : KETUMBUHAN NASAL POLYPS, SUARA MAKIN SENGAU

EZAD LAZIM : KETUMBUHAN NASAL POLYPS, SUARA MAKIN SENGAU

Penyanyi Ezad Lazim sebelum ini menderita penyakit berkaitan dengan hidung sejak 2016 dan selepas tiga tahun tidak menjalani pemeriksaan, ia berulang kembali.

Akibat ketumbuhan Nasal Polyps yang tumbuh dalam hidung, Ezad mengakui ketumbuhan kecil itu memberi kesan kepada suaranya dan menambah bunyi sengau ketika menyanyi.



“Agak-agak kalau dah baik Polyps ini, suara saya jadi lain ke tak kalau menyanyi? Makin sedap macam Datuk Jamal Abdillah kot jadinya. Suara saya menyanyi memang bunyi sengau. Bila kena Nasal Polyps ini makin menjadi pula sengaunya.

“Hari ini hari kedua saya makan ubat. Ada lagi beberapa minggu lagi untuk saya teruskan makan ubat ini dan lihat hasilnya. Moga Polyps dalam hidung saya makin kecut dan dapat bernafas dengan sempurna. Doakan bersama supaya saya tak perlu dibedah,” katanya.

Ezad juga berkongsi video demonstrasi pernafasan dengan menghembus nafas menggunakan hidung sebelah kanannya menerusi laman Instagram miliknya.

“Yang tersumbat terus sebelah kiri dah kurang, mungkin dah terbuka sikit dah. Dulu tak boleh (hembus nafas) langsung. Sekarang dah boleh keluar angin,” ujarnya.



EZAD LAZIM : KETUMBUHAN NASAL POLYPS, SUARA MAKIN SENGAU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Datuk Vida : Tidak Mahu Kahwin Dgn Biawak Hidup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker