Pemulih: Mana strategi pemulihan ekonomi

Pemulih: Mana strategi pemulihan ekonomi

Mana strategi pemulihan ekonomi, pakar tanya kerajaan

Susulan pengumuman bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terbaru yang dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam, dua ahli ekonomi mempersoalkan ketiadaan strategi kerajaan untuk memacu pemulihan ekonomi.



Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito berkata, suntikan fiskal langsung kerajaan sebanyak RM10 bilion tidak menepati sasaran.

“Sekatan penuh dan pakej bantuan adalah langkah sementara sebelum rancangan ekonomi sebenar dibuat, sesuatu yang langsung tiada,” katanya.

“Sama juga bagi suntikan fiskal. Ia sepatutnya menjadi langkah sementara rancangan pemulihan ekonomi yang baik dilaksanakan.”



Katanya, jumlah bantuan yang akan diterima setiap rakyat terlalu kecil dan tidak cukup untuk mengatasi kemiskinan yang semakin meningkat.

“Masalahnya bukan jumlah, tetapi hala tuju. Kita telah beri kelegaan sementara yang berterusan untuk rakyat, dan ini menjadi semakin tidak mencukupi.

“Namun, kita belum melabur wang sebenar untuk peralatan perubatan, katil hospital dan penyelidikan perubatan. Kita sepatutnya membiarkan ekonomi terbuka dan sebaliknya melabur untuk memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan tiada strategi oleh kerajaan, lebih banyak kemiskinan dan pengangguran akan berlaku dalam masa terdekat.



Goh Lim Thye, seorang pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya, berkata pakej terbaru ini tidak menjadi penyelesaian kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Ketika ditanya sama ada suntikan fiskal langsung dapat membantu unjuran pertumbuhan negara tahun ini, Goh optimistik, namun secara OUBberhati-hati.

“Secara teorinya, suntikan fiskal akan memberi impak positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK). Bagaimanapun, angka muktamad akan bergantung kepada impak jangka panjang PKP terhadap ekonomi kita.



“Setakat ini, kita tidak tahu bila fasa pertama (Pelan Pemulihan Negara) akan berakhir, dan yang lebih penting adalah berapa banyak perniagaan dapat bertahan dalam keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan 4.5% tahun ini.

Namun, kata Goh, perbelanjaan besar kerajaan untuk pelbagai pakej rangsangan dapat meregangkan keadaan fiskal negara.

Beliau berkata, pakej bantuan terbaru ini dijangka meningkatkan hutang berkanun kerajaan melebihi ramalan 58.5% daripada KDNK.



Kerajaan telah mengumumkan lapan pakej rangsangan sejak wabak bermula, memberikan sejumlah RM530 bilion bantuan langsung dan bantuan kewangan.

Sebanyak RM83 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan fiskal, sementara RM447 bilion selebihnya diperuntukkan untuk langkah-langkah bukan fiskal.

Pemulih: Mana strategi pemulihan ekonomi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker