‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi

‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi

‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi

Seorang lelaki Vietnam yang digelar sebagai ‘Tarzan’ apabila tinggal di dalam hutan selama 41 tahun, benar-benar terpisah daripada dunia luar apabila langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan wanita.

Ho Van Lang dikatakan mula menjalani kehidupan terasing itu sejak Perang Vietnam 1972 selepas ibu serta dua adik-beradiknya maut dalam pengeboman tentera Amerika Syarikat (AS).

Dia yang kini berusia 46 tahun kemudiannya membawa diri jauh ke dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai bersama abang, Tri dan bapa serta hanya memakan madu, buah-buahan serta buruan rimba sebagai sumber makanan.

Kewujudan keluarga itu berjaya dikesan oleh seorang jurugambar, Alvaro Cerezo pada 2015 yang memberitahu bahawa mereka sering melarikan diri sekiranya ternampak sesiapa dari jauh.

Tidak lama selepas itu, mereka dibawa keluar dan menjalani suasana kehidupan normal di sebuah perkampungan kecil di negara terbabit.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengenai kewujudan wanita, Lang hanya menjelaskan, bapa tidak menceritakan mengenainya sebelum dia ternampak sendiri di kawasan kampung.

“Lebih mengejutkan, sehingga ke hari ini, dia masih tidak dapat membezakan antara wanita dan lelaki,” kata Cerezo.

Manakala abangnya pula menyifatkan Ho umpama ‘seorang bayi yang terperangkap dalam badan orang dewasa’ kerana masih tidak dapat memahami konsep bersosial.

“Jika menyuruhnya memukul seseorang, dia akan melakukannya. Dia tidak tahu beza antara baik dan jahat. Dia berperwatakan seperti seorang budak dan tidak tahu apa-apa,” katanya.

Walaupun pada mulanya sukar untuk membiasakan diri bergaul dengan masyarakat dan budaya normal itu tetapi Ho dikatakan semakin gembira dengan kehidupan barunya.

‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker