Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim



Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim

“Dah tahu kluster kilang paling banyak, tutuplah sektor perkilangan,” demikian desak pelakon Ashraf Muslim agar kerajaan segera mengambil langkah berpatutan terhadap sektor tersebut bagi membendung kes harian Covid-19 ketika ini.

Ashraf mempertikaikan bila situasi penularan wabak dalam negara boleh menunjukkan tanda-tanda akan reda memandangkan kebanyakan kes harian yang tinggi berpunca dari sektor perkilangan.

“Apa susah sangat? Makin ramai kena Covid-19. Makin bertambahlah yang akan masuk ICU (unit rawatan rapi) dan makin ramailah ahli keluarga yang akan kehilangan keluarga.

“Kesian petugas barisan depan kita. Siang malang duk berjaga tapi ada saja kluster baru dan bertambah setiap hari malah kebanyakannya dari sektor perkilangan.




“Bila nak selesai macam ni,” soalnya.

Justeru, Ashraf mendesak agar kerajaan segera melakukan sekatan pergerakan penuh memandangkan sudah ramai rakyat yang menjadi mangsa korban wabak berkenaan hingga ke hari ini.

“Buat pilihan sekarang. Nak jaga ekonomi atau nak ramai lagi yang mati sebab Covid-19?

“Ramai dah mak ayah kami meninggal dunia sebab wabak ni. Cukup-cukuplah,” katanya.

Pemilik nama penuh Muhd Ashraf Muslim, itu meluahkan pendapatnya menerusi di Instagram. Ashraf, 39, mengiringi perkongsian tersebut dengan memuat naik tanda pagar #tutupkilang.




Menurutnya, kerajaan mungkin boleh meneruskan langkah seterusnya dengan sedikit longgar sekiranya tahap vaksinasi penduduk negara ini adalah tinggi.

“Ramai lagi belum ambil vaksin. Kalau dah 80 peratus orang dah ambil (vaksin) barulah longgar sikit-sikit. Sekarang buat keputusan untuk lock down sepenuhnya,” katanya. Mk

Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Tukang urut hina azan di Facebook ditahan



Leave a Reply

Your email address will not be published.