Sultan Nazrin berkenan Dun Perak bersidang 25 Ogos

Sultan Nazrin berkenan DUN Perak bersidang 25 Ogos

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang selama empat hari bermula 25 Ogos.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata Sultan Nazrin juga berkenan untuk berangkat merasmikan istiadat pada hari pertama persidangan mesyuarat itu.



“Semalam saya hadir menghadap Sultan Perak bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan penasihat undang-undang. Mengikut perancangan awal, persidangan akan diadakan secara fizikal, semua wakil rakyat akan terlibat, manakala ketua jabatan dan pemerhati secara maya.

“Seperti kelaziman, sidang DUN ini juga boleh diikuti di media sosial termasuk Facebook dan Youtube,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Pada 21 Jun lalu, Speaker DUN Perak, Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang DUN kepada Sultan Nazrin untuk memohon perkenan baginda.

Perak menjadi negeri kelapan yang mahu mengadakan Sidang DUN selepas Yang di-Pertuan Agong meminta persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.



Sebelum ini dilaporkan beberapa negeri telah mengumumkan untuk mengadakan sidang DUN masing-masing seperti Melaka (pada pertengahan Julai), Negeri Sembilan dan Selangor (Ogos), manakala Pahang selepas darurat tamat selain Terengganu menunggu maklum balas Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). FMT

Sultan Nazrin berkenan DUN Perak bersidang 25 Ogos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker