6276 kes baru Covid-19 hari ini

6276 kes baru Covid-19 hari ini

Sebanyak 6,276 kes baharu dilaporkan hari ini dengan Selangor tertinggi.

SEBANYAK 6,276 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, tidak banyak berubah berbanding semalam yang melaporkan 6,437 kes.



Kuala Lumpur yang mencatatkan lebih 1,000 kes semalam kembali turun dengan 625 penularan dikesan hari ini.

Walau bagaimanapun, Selangor pula mencatatkan kes yang tinggi dengan 2,836 kes berbanding 2,299 penularan semalam.

Negeri Sembilan pula terus menjadi antara tiga negeri tertinggi melaporkan kes baharu apabila jiran Lembah Klang itu melaporkan 644 kes hari ini.

Jika dicampur Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, jumlah itu mencecah 4,105 kes atau lebih 60 peratus daripada kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.



Satu lagi bahagian dalam Lembah Klang iaitu Putrajaya melaporkan 11 kes.

Negeri lain yang melaporkan kes tinggi adalah Sarawak (376 kes), Johor (299 kes), Sabah (242 kes), Kedah (226 kes), Melaka (223 kes) dan Pahang (210 kes).

Dalam sudut lain, Terengganu kekal melaporkan kes baharu yang rendah dengan 20 kes, turun satu kes berbanding semalam.

Perlis pula yang melaporkan sifar kes semalam kembali mencatatkan pertambahan kes baharu dengan lima penularan.



Sebanyak 6,276 kes baharu, hari kedua berturut-turut kes melepasi angka 6,000. / Grafik FB KP Kesihatan.
Baca artikel berkaitan: 6,437 kes baharu, KL melonjak dengan 1,361 penularan

Pagi tadi, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 juga dilaporkan meningkat kepada 1.04 berbanding 1.0 semalam.

Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima negeri mmencatatkan kadar Rt melebihi purata nasional.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.



Sehingga 30 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,276 kes (751,979 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,836 (248,751)
WPKL – 625 (77,678)
Johor – 299 (70,824)
Sabah – 242 (69,445)
Sarawak – 376 (64,851)
Negeri Sembilan – 644 (44,880)
Kelantan – 159 (34,811)
Pulau Pinang – 131 (34,495)
Perak – 137 (26,628)
Kedah – 226 (25,269)
Melaka – 223 (18,415)
Pahang – 210 (13,666)
Terengganu – 20 (11,201)
WP Labuan – 132 (8,169)
WP Putrajaya – 11 (2,302)
Perlis – 5 (594)

6276 kes baru Covid-19 hari ini




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukang urut hina azan di Facebook ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker