Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas

Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas

OTTAWA – Berpuluh-puluh orang maut di Kanada berikutan gelombang panas melanda kawasan barat laut Pasifik.

Polis di British Columbia berkata, hampir 70 kematian mengejut berlaku sejak Isnin lalu, kebanyakannya membabitkan warga emas.



Gelombang panas di wilayah ini adalah faktor penyumbang kematian tersebut.

Pada hari Selasa, Kanada sekali lagi mencatatkan suhu tertinggi untuk hari ketiga berturut-turut iaitu 49.5C (121F) di Lytton, British Columbia.

Sebelum minggu ini, suhu di Kanada tidak pernah melepasi 45C.

“Periksa jiran anda, periksa ahli keluarga, pantau orang tua yang mungkin anda kenal,” kata seorang anggota Polis Diraja Kanada (RCMP), Mike Kalanj, yang berpusat di pinggir bandar Vancouver, Burnaby.



Menurut RCMP, suhu panas ini dipercayai menjadi faktor penyumbang kematian 69 orang di pinggir bandar Vancouver Burnaby dan Surrey.

Di kampung kecil Lytton, seorang penduduk Meghan Fandrich memberitahu Globe & Mail “hampir mustahil” untuk mereka berada di luar rumah.

Suhu di bandar-bandar Amerika Portland dan Seattle telah mencapai tahap tertinggi sejak gelombangan panas berlaku pada tahun 1940-an.

Portland di Oregon merekodkan suhu 46.1C (115F) dan Seattle 42.2C (108F), menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional Amerika Syarikat.



Suhu yang sangat panas ini telah mencairkan kabel dan menjejaskan Perkhidmatan Portland Streetcar pada hari Ahad lalu.

Sebuah syarikat utiliti elektrik di Spokane, Washington, telah memperkenalkan pusingan pemadaman elektrik sementara untuk mengatasi permintaan tenaga yang besar ketika penduduk menggunakan pendingin hawa.

Penduduk Seattle pula menyifatkan bandar di Washington itu seperti padang pasir.

Firma Amazon membenarkan orang ramai memasuki kawasan ibu pejabatnya di Seattle sebagai lokasi bertenang pada hari Isnin, sementara penduduk di Portland juga berpusu-pusu ke pusat penyejukan.



Pakar mengatakan perubahan iklim memang sudah diramalkan akan meningkatkan kekerapan kejadian cuaca ekstrem, seperti gelombang panas.

Walau bagaimanapun, mengaitkan sebarang peristiwa dengan pemanasan global adalah rumit. MG

Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


80% kes Covid-19 Selangor berpunca dari kilang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker