80% kes Covid-19 Selangor berpunca dari kilang

80% kes Covid-19 Selangor berpunca dari kilang

80% kes Covid-19 di Selangor berpunca dari kilang, kata MB

Kerajaan Selangor mengakui 91% kes di negeri itu berpunca daripada pekerjaan iaitu 80% kluster perkilangan dan 11% kluster tapak binaan.



Menteri Besar Amirudin Shari berkata, mengikut angka dan data terkini sejumlah besar kes saat ini berpunca daripada kluster tempat kerja.

“Mengikut angka dan data terkini, 91% kes di Selangor berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% Kluster Perkilangan dan 11% Kluster Tapak Bina, bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini,” katanya dalam pengumuman khas SelVAX secara maya hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta pekerja termasuk pekerja asing dalam usaha melindungi semua daripada penularan wabak ini.

“Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan Covid-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.



“Bagaimanapun, SelVAX Industri hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu,” katanya.

Beliau berkata, usaha SelVAX Industri melengkapkan inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di peringkat Pusat mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Antara syarikat besar yang menyertai program ini adalah pasar raya 99 Speed Mart, Ernst & Young, GLC gergasi seperti Telekom Malaysia serta Touch n Go, juga syarikat binaan terkemuka seperti EcoWorld dan Tropicana.

“Penting dinyatakan di sini, syarikat yang mengambil bahagian tidak dibenarkan mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.



“Ini termaktub dalam perjanjian dan borang ‘consent form’. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada para majikan yang mengenakan caj caj bayaran kepada pekerja,” katanya.

Katanya, matlamat utama pelaksanaan SelVAX ini adalah untuk melengkapi pelaksanaan PICK dan memastikan imuniti berkelompok dicapai.

“Dengan pelaksanaan SelVAX ini dan tambahan bekalan vaksin dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dijangka jumlah suntikan vaksin akan meningkat ke 135,000 dos pada Julai dan 165,000 dos vaksin pada Ogos.

“Program SelVAX hanya dapat berjaya dengan kerjasama semua. Pelaksanaan program ini diharapkan akan mempercepatkan peralihan keluar daripada keadaan meruncing sekarang,” katanya.



Program Vaksin Selangor (SelVAX) adalah usaha kerajaan negeri mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

80% kes Covid-19 Selangor berpunca dari kilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker