Zara Zya ada sesuatu untuk abang rider

Zara Zya ada sesuatu untuk abang rider

Zara Zya mahu beri senyuman kepada abang ‘rider’

TERPANGGIL untuk memberi keceriaan kepada ‘rider’ atau penghantar makanan, Zara Zya yang aktif melakukan kerja kebajikan merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.



Bagaimanapun aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Kalau ikut kemampuan diri, saya boleh sediakan pek makanan, minuman, pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.

“Namun saya berasakan lebih baik niat ini dilakukan bersama mereka yang sudi untuk menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, Insya-Allah lebih luas skala bantuan ini boleh dihulurkan,” katanya kepada URTV.

Menurut Zara, golongan penghantar makanan juga dianggap pekerja barisan hadapan atau ‘frontliner’ yang selama ini berkorban demi menunaikan permintaa pelanggan ketika pandemik COVID-19.



“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu buat golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada mereka.

“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya tanya kepada mereka, keperluan apa yang menjadi keutamaan. Kebanyakan memberi jawapan mereka memerlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.

“Sejak itu saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka tak sempat menjamu selera kerana perlu berkejar masa penghantaran.

“Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Saya akan masak sendiri juadah seperti nasi ayam atau berani dan kemudian diagihkan kepada mereka,” ujarnya.



Sebagai permulaan, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri, Love You Mr Arrogant dan Pia ini akan meletakkan sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam, Selangor.

“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek makanan di setiap stesen minyak.

“Jika dapat lebih sumbangan, kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya

Kata Zara, orang ramai yang ingin memberi sumbangan dan mendapatkan sebarang informasi lanjut, boleh lawati Instagram @malaysia.prihatin.



Atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385.

Zara Zya ada sesuatu untuk abang rider


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker