BPR tambahan dibayar mulai hari ini

BPR tambahan dibayar mulai hari ini

Bantuan BPR tambahan dibayar hari ini

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada penerima golongan B40 akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan berkenaan akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

“Pembayaran ini akan disalurkan dengan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai hari ini hingga Jumaat ini.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan.



Beliau berkata, jangkaan pembayaran Fasa 3 pada September depan pula dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.

“Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya. K Online

BPR tambahan dibayar mulai hari ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker