Malaysia kekal Fasa 1 PPN: Ini 5 perkara penting yang anda perlu tahu

Malaysia kekal Fasa 1 PPN: Ini 5 perkara penting yang anda perlu tahu.  Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia masih berada dalam Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, ia selepas tiga indikator nilai ambang utama peralihan ke Fasa Kedua masih belum dicapai.

“Namun begitu, masih ramai yang keliru dan menganggap kita telah beralih ke Fasa Kedua.

“Perlu ditegaskan bahawa kita masih berada dalam Fasa 1. Peralihan Fasa dalam PPN tidak bergantung kepada satu-satu tarikh.

“Jika kita sudah mencapai tiga nilai ambang dalam tempoh singkat, maka peralihan fasa seterusnya akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia untuk bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi melandaikan keluk kes COVID-19, sekali gus membolehkan ketiga-tiga indikator tersebut dicapai dalam masa terdekat.

Berikut lima perkara penting yang dinyatakan dalam kenyataan media beliau:

1. Malaysia masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

2. Sebanyak 1,867 kilang dan 11,316 premis perniagaan diperiksa, 1 premis diarah tutup

3. PKPD di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan kecuali Blok Muhasabah bermula 2 Julai

4. PKPD Kampung Pangkal Jetas, Machang, Kelantan bermula 2 Julai 2021

5. PKPD Taman Public, Kota Kinabalu, Sabah bermula 2 Julai 2021

Malaysia kekal Fasa 1 PPN: Ini 5 perkara penting yang anda perlu tahu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker