Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran keluarga kita dan tak pernah jemu dimakan.

Kalau nak beli sayur pucuk paku, pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar lagi.

Masak lemak cili api ni seperti yang ramai sedia maklum berasal dari Negeri Sembilan. Lagi sedap kalau kita gunakan jenis cili kampung dan kunyit segar. Rasanya dan aromanya pasti memikat selera. Jom masak 🙂

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Bahan-Bahan:

1 ikat sayur pucuk paku
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
4 ulas bawang merah
5 biji cili padi
1 ketul kecil kunyit hidup
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.

Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.

Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.

Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips:

Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Resepi Che Nom

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sup Ekor Thai Power

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker