COVID-19: Kilang Power Root di Johor henti operasi

COVID-19: Kilang Power Root di Johor henti operasi

Power Root Bhd menghentikan sementara operasi kilangnya di Johor untuk melaksanakan kerja sanitasi bagi membendung penyebaran COVID-19.

Langkah itu dijangka menyebabkan penangguhan penghantaran kepada pelanggan eksportnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, anak syarikatnya, Power Root (M) Sdn Bhd diarahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggantung sementara operasi di kilang terletak dekat Taman Perindustrian Plentong di Masai.

“Kilang itu dijangka meneruskan semula operasi secara berperingkat pada 7 Julai atau lebih awal, tertakluk kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Power Root berkata, ia melaksanakan ujian COVID-19 kepada pekerja yang menjadi kontak rapat dengan mereka yang diuji positif virus itu menerusi pengesanan kontak.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah pekerja yang terbabit.

“Kami juga melaksanakan langkah kuarantin bagi pekerja dan kontak rapat yang terkesan di kemudahan kuarantin,” katanya.

Syarikat itu menambah, kos ujian COVID-19, kuarantin dan proses disinfeksi tidak akan memberikan impak material ke atas prestasi kewangan kumpulan.

Saham Power Root ditutup dua sen atau 1.52 peratus lebih tinggi pada RM1.34 hari ini. BH

COVID-19: Kilang Power Root di Johor henti operasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker