Rasulullah s.a.w. mengaburi pandangan musuh dengan ayat dari surah ini



Rasulullah s.a.w. mengaburi pandangan musuh dengan ayat dari surah ini

Kisah bagaimana Baginda s.a.w. mengaburi pandangan musuh dengan ayat dari surah Yasin

Pada malam Rasulullah s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, rumahnya dikepung oleh pemuda Quraisy. Rasulullah melangkah keluar rumah sambil membaca surah Yasin. Apabila tiba pada ayat 9 yang bermaksud,

“Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Lalu Rasulullah mengambil segenggam pasir dan ditaburkan ke atas kepala pemuda Quraisy.




Keesokan harinya, pemuda-pemuda yang mengepung rumah Rasulullah mula merasa pelik. Sehingga matahari menyingsing tinggi tapi Rasulullah masih belum keluar lagi dari rumahnya, sedangkan pada kebiasaannya Baginda akan bersolat di Kaabah.

Tapi hari itu tidak kelihatan pun kelibat Rasulullah. Ketika itu barulah mereka perasan ada pasir di atas kepala. Akhirnya pemuda-pemuda itu mengintai ke dalam rumah Rasulullah dan didapati Baginda masih tidur.

Akhir mereka hilang sabar dan menyerbu masuk ke dalam rumah Rasulullah tapi yang dilihat tidur di atas tempat pembaringan itu bukan Rasulullah sebaliknya Ali r.a. Puas diperiksa seluruh rumah namun Rasulullah tidak ada.

Ketika itu barulah mereka sedar bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah berhijrah ke Madinah. Jejak Rasulullah dan Abu Bakar cuba dikesan oleh Quraisy tetapi gagal menemukannya.

Jika diteliti balik sejarah ayat itu ada pendapat mengatakan, ayat itu ada kaitan dengan peristiwa Abu Jahal hendak menyakiti Rasulullah s.a.w. Allah jadikan dinding di hadapan dan di belakang mereka.




Ada setengah tafsiran kata, apabila Abu Jahal hendak membaling Nabi dengan batu, maka Allah tutup pandangannya dan tidak nampak Nabi. Sehingga Abu Jahal terpaksa balik kepada kawan-kawannya tetapi tidak dapat melihat di mana kawan-kawannya berada.

Setelah dipanggil berkali-kali barulah Abu Jahal perasan kawan-kawannya ada berhampiran dengannya.

Sempena peristiwa itu ada yang mengamalkan ayat tersebut untuk melepaskan diri apabila berhadapan dengan kesukaran. Ramai juga yang mengatakan bahawa ayat 9 dari surah Yasin itu amat berkesan terutamanya apabila digunakan di dalam keadaan yang terdesak.

Azimat ayat

Memang benar, menurut Pensyarah Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Sahlawati Abu Bakar ada sesetengah ayat yang digunakan untuk menjadi amalan atau azimat bagi tujuan tertentu.




Menerusi pengalamannya semasa menjadi pelajar, ayat itu sering dibaca dengan tujuan supaya pemeriksa kertas peperiksaan tidak nampak kesalahan yang dilakukan.

Dengan izin Allah, pemeriksa tidak nampak kesalahan yang dilakukan. Tapi semua itu berlaku dengan izin Allah tanpa Nya tidak akan ada apa yang boleh berlaku.

Namun mengikut tafsir yang sebenar, ayat itu bercerita tentang Allah tutup pandangan orang kafir agar tidak nampak kebenaran. Dia dihalang untuk membuat pertimbangan antara yang benar dan salah.


Ada yang menjadikan ayat 9 surah Yasin sebagai azimat mengaburi pandangan orang

Kalau ada orang yang menggunakan ayat itu agar tidak dilihat atau terlepas dari pada kesulitan, tafsirnya adalah dibuat dari pandang sudut zahir saja. Namun ia tidak sama dengan maksud sebenar ayat itu adalah Allah tujukan pada orang kafir.




Ayat al-Quran ini kalau kita guna, yakin dan Allah izinkan maka ia akan terjadi. Tapi kalau kita yakin tetapi Allah tidak izinkan, maka ia tidak akan terjadi.

Oleh itu, tiada salahnya jika seseorang ingin mengamalkan ayat-ayat tertentu dari al-Quran untuk tujuan tertentu. Namun apa yang perlu dipastikan sama ada ayat tersebut benar-benar memberi maksud yang tepat kepada apa yang diinginkan berdasarkan tafsir al-Quran dan bukan berdasarkan taksiran sendiri sebagaimana ayat 9 di atas. Wallahu a’lam Utv

Rasulullah s.a.w. mengaburi pandangan musuh dengan ayat dari surah ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kami mengalah, akhirnya terpaksa naikkan bendera putih



Leave a Reply

Your email address will not be published.