Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian

Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian

Seorang lelaki di Jawa Timur terkejut apabila mendapati pohon nangka miliknya menghasilkan buah yang kelihatan seperti durian, lapor laman berita Suara.com semalam.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Marjuki berkata, fenomena unik itu bukanlah kali pertama berlaku, sebaliknya pokok nangka tersebut pernah menghasilkan buah seperti itu sebelum ini.



“Ini adalah buah kedua yang kelihatan seperti durian. Sebelum ini sudah pernah terjadi ketika seorang saudara saya secara tidak sengaja telah memetik buah yang disangka nangka itu.

“Selepas dipetik barulah disedari bahawa ia kelihatan seperti durian,” katanya.

Tambah Marjuki, buah nangka berkulit durian itu kini masih tergantung di pokok bersama puluhan buah nangka yang lain.

“Ia berukuran sangat kecil iaitu berdiameter kira-kira 10 sentimeter dan panjangnya 15 sentimeter.



“Buah itu juga masih baru, berkemungkinan sekitar seminggu.

“Meskipun kelihatan seperti durian, buah tersebut tidak mempunyai bau durian, sebaliknya ia berbau sama seperti buah nangka yang sedang masak,” ujarnya yang sudah memiliki pohon nangka itu selama berbelas tahun.

Berita mengenai keunikan buah tersebut kini tular sehinggakan ramai penduduk yang tinggal berdekatan dan jauh pergi ke dusun Marjuki semata-mata untuk melihat sendiri buah itu.

“Sejak tular beberapa hari lalu, ramai penduduk yang datang untuk melihatnya sehinggakan ada sebuah keluarga yang datang beramai-ramai untuk melihat nangka unik ini,” kata Marjuki. AGENSI



Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sharnaaz jadi Adun bantu keluarga bendera putih [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker