Guna Saluran Rasmi, "Bendera Putih' Tidak Diiktiraf Di Kedah - MB Kedah — MYKMU.NET

Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah



Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah
Kerajaan negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih sebagai cara untuk mendapatkan bantuan makanan, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau sebaliknya berkata, penyaluran bantuan makanan hanya akan dilakukan jika laporan dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta pusat wakil rakyat.
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berkata individu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PKOB tanpa perlu mengibarkan bendera putih.
“Kita telah edarkan nombor telefon PKOB setiap daerah dan nombor telefon pusat khidmat wakil rakyat untuk orang ramai hubungi bagi mendapatkan bantuan makanan.

“Sekarang ini kita ada kemudahan aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta pesanan mesej, individu yang perlu bantuan boleh menghubungi PKOB untuk bantuan makanan tanpa mengibar bendera putih,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) pada Khamis.

Beliau mendakwa, kempen bendera putih merupakan salah satu propaganda politik untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan oleh pihak tertentu.

“Saya sudah kata banyak kali (bendera putih) ini adalah propaganda politik yang mencerminkan persepsi kerajaaan gagal, sebenarnya kerajaan sedang menangani pandemik COVID-19 ini dengan baik,” dakwanya.

Katanya, aduan yang dibuat melalui saluran rasmi akan diberi perhatian sewajarnya tanpa mengira fahaman politik.-Awani




Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Kibar #BenderaPutih Jika Perlu Bantuan

Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: