[VIDEO] Netizen Mahu Beli Wang Lama Gambar Presiden Indonesia Soekarno Bernilai RM113,000 Melengkung Dengan Sendirinya

JAKARTA – Sehelai wang lama yang dicetak menggunakan wajah Presiden Indonesia yang pertama, Soekarno menjadi tular di media sosial selepas seorang pengguna TikTok memuat naik gambar wang itu.

Menurut laporan Suara.com, wang bernilai 1,000 rupiah (28 sen) berwarna merah putih itu dicetak pada 1964 dan diletakkan di atas tapak tangan seorang wanita bernama Rina berada dalam keadaan melengkung.

VIDEO DIBAWAH:-

Video tersebut menarik perhatian warganet dengan ada di antara mereka meluahkan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga 400 juta rupiah (RM113,618).

“Anda mahu jual wang kertas ini? Jika mahu, saya boleh berikan harga 400 juta rupiah. Sila beritahu jika anda berminat,”kata seorang pengguna media sosial.

Dalam masa sama, ramai juga yang menasihati  Rina agar tidak menjual wang tersebut dan menyimpannya sebagai tinggalan sejarah.

“Jangan dijual, nanti menyesal. Kalau mahu jual, lebih baik kepada Muzium Peninggalan Sejarah Indonesia. Mungkin dapat harga 1 billion rupiah (RM284,046),” cadang pengguna lain. – Agensi

Kapal British Lama Dipercayai Tahun 1800-an Ditemui Di Sungai Lipis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker