[VIDEO] Ular Sawa Masuk Sekolah Sebelum Keluar Dipujuk Pengetua

HUTAN MELINTANG: Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pagi ini telah dikejutkan dengan kehadiran sekor ular sawa betina yang berada di dalam sekolah berkenaan.

Kejadian pagi ini disedari oleh para pelajar tingkatan 5 yang dalam perjalanan menuju dewan peperiksaan bagi menghadapi peperiksaan SPM sebelum dimaklumkan kepada guru yang bertugas.

Beberapa orang guru bersama pengetua sekolah bergegas melihat ular sawa berkenaan dan cuba mengawal keadaan sebaik sahaja dimaklumkan.

Dalam klip yang tular ini kelihatan seorang guru dipercayai pengetua sekolah kelihatan seperti cuba memujuk ular sawa berkenaan agar tidak memasuki kawasan yang boleh membahayakan pelajar sebelum menanti kehadiran pihak bomba.



Menurut sumber yang dihubungi, kehadiran binatang seperti ular sawa dan ular tedung selar adalah biasa bagi warga sekolah kerana geografi sekolah yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.

Walau bagaimanapun pihak sekolah sentiasa menjaga keselamatan  dengan mengambil langkah berjaga Рjaga bagi memastikan kawasan sekolah dalam keadaan selamat dan selasa untuk warganya.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker