[VIDEO] Siti Nurhaliza puji Hannah Delisha Miliki Suara Merdu

Belum pun ‘habis’ memperkatakan mengenai perkahwinannya, pelakon Hannah Delishah sekali lagi mencuri perhatian peminat menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dimuatnaiknya di laman Instagram.

Medley AJL35 Dari 4 Selebriti

Menghangatkan lagi Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang bakal bersiaran secara langsung pada 14 Mac ini, Valient Music telah menghasilkan sebuah video medley AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti iaitu Azmi Saat, Raysha Rizrose, Dean Eiman dan Hannah sendiri.

Kemerduan Suara Hannah Dipuji

Rata-rata peminat memuji bakat nyanyian dan kemerduan suara Hannah yang tak pernah didengari oleh mereka dan tidak ketinggalan, Raysha juga mencuri tumpuan dengan nyanyiannya di dalam video tersebut.

Kemerduan suara Hannah itu turut menarik perhatian penyanyi popular tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza yang berkongsi semula sedutan video tersebut menerusi Insta-story nya.

Difahamkan, konsep penggambaran video itu merupakan idea dari Hannah Delisha sendiri manakala susunan semula muzik telah dilakukan oleh Azmi Saat. Menerusi carian Murai.my, setakat ini video tersebut telah mendapat lebih dari 300 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik.

Sekadar info, AJL35 bakal berlangsung dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton dan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3 bertanding pada 14 Mac hadapan.

Medley Lagu Ajl35 – Netizen Jatuh Hati Dengan Suara Hannah & Raysha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker