Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis mengucapkan syabas kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia berikutan tindakan Armada Bersatu membuat laporan polis malam tadi berhubung dakwaan wujud unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri.

“Saya ucap syabas (Ahli Parlimen) Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam untuk buat laporan polis. Hakikat polis menerima aduan menunjukkan polis profesional. Tiada masalah, tiada beza. Saya ulangi kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis (buat siasatan).



“Seksyen berapa? Saya bantu Machang bila buat (laporan SPRM) nanti `quotes’ terus Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM. Bila lapor nanti berikan semua apa yang disebut sebagai bukti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) membidas Saifuddin Nasution kerana menyatakan tiada sebarang aduan diterima pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

Kata beliau, satu laporan polis telah dibuat oleh Armada Bersatu berkenaan perkara tersebut tengah malam semalam dan pihaknya akan turut membuat laporan SPRM selepas ini

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker