Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki

Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki

Orang ramai memuji tindakan seorang lelaki menyelamatkan seorang wanita yang dikasari teman lelakinya di tepi sebuah jalan raya.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh @jaynazz88 semalam, kelihatan lelaki berbaju hitam sedang memarahi seorang lelaki yang sedang berada di atas motosikal.



Lelaki tersebut dipercayai telah mengasari teman wanitanya sehingga gadis itu menjerit-jerit di tepi jalan.
“Bukan nak jadi hero, apa perasaan kalau adik perempuan awak kena tindas di tepi jalan macam ini.

“Jadi saya tegur lelaki ini sebab dah marah sangat tengok perempuan itu menangis sambil terjerit-terjerit,” katanya di ruangan video TikTok semalam.

Susulan penularan klip video itu, orang ramai memuji tindakan lelaki tersebut menghalang tindakan penunggang motosikal itu daripada terus mengasari teman wanitanya sebelum keadaan bertukar lebih parah.

“Kalau perasaan sayang lelaki lebih besar perkara ini mungkin tidak akan berlaku,” kata Ariff Fauzi.



“Terima kasih awak sebab selamatkan dia, kalau tidak tak tahu apa yang akan jadi,” ujar @princesscool22.

“Syabas abang, respect (hormat) apa yang lelaki ini buat, tak ramai yang nak turun dan masuk campur hal macam ini,” jelas Qayyum.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 2.7 juta tontonan dan 226 ribu tanda suka di TikTok. K Online

Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker