Kelas Silat Online Malaysia yang pertama

Kelas Silat Online Malaysia yang pertama

Seramai 1,000 ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Pusaka Hanafi) dari serata dunia menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1443H dan Hari Tenaga Pengajar yang julung kalinya diadakan secara maya, hari ini.

Ia adalah program tahunan yang diadakan pada bulan Muharram setiap tahun bagi menghargai jasa dan sumbangan tenaga pengajar yang membantu mendaulatkan seni budaya bangsa khususnya silat berkenaan.

Guru Utama, Dr Mohd Radzi Hanafi berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk membuka dan meneruskan kembali kelas persilatan di seluruh negara termasuk di institusi pengajian tinggi dan sekolah apabila dibenarkan kerajaan kelak.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelas Silat Online yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Ini adalah satu sejarah persilatan negara apabila sesi pembelajaran persilatan itu diikuti semua 1,000 pesilat dan ia mungkin kelas silat atas talian paling ramai pada satu-satu masa yang pernah diadakan.

“Diharapkan ia akan menjadi institusi pembentukan insaniah bertaraf global serta memupuk semangat perpaduan dan nasionalisme tinggi melalui acuan budaya yang disesuaikan mengikut keperluan semasa, terutama dunia tanpa sempadan pasca pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan. HM

Kelas Silat Online Malaysia yang pertama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker