Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM

Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM

Seutas jam tangan dengan corak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik perhatian netizen termasuk pelakon, Datuk Aaron Aziz.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 45, meluahkan rasa teruja dengan jam tangan bercorak ala tentera yang dipakai oleh Sabri ketika sambutan Hari Kebangsaan 2021 hari ini.

Pelakon itu turut meminta bantuan peminatnya untuk mencari maklumat tentang jam tangan tersebut.

“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa? (merujuk jam tangan yang dipakai Sabri). Semua tahu kurta abang camo (singkatan untuk camouflage iaitu corak celoreng ala tentera), beg abang camo dan tudung isteri pun camo.

“Tengah menahan sakit dekat hospital tiba-tiba nampak jam Perdana Menteri pakai. Nampak cantik pula,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelbagai jawapan diberi oleh pengikutnya dalam Instagram tentang status jam tangan tersebut.

“Casio G-Shick GA-700CM,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

“Submarine Watch. Ada tiga pilihan warna. Airforce (tentera udara), Army (tentera darat) dan Navy (tentera laut). Jam yang Perdana Menteri pakai, saya pun ada,” kata seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberitahu bahawa jam tangan yang dipakai Perdana Menteri tidak dijual sembarangan dan hanya dipakai oleh anggota tentera dan polis sahaja.

“Pernah pergi sebuah ‘booth’ menjual jam ‘camo’ seperti ini. Tapi untuk tentera dan polis sahaja. Nak beli kena tunjuk kad pengenalan. Tak pasti 100 peratus, tapi penjual yang kata begitu,” kata pengguna Instagram itu.

Difahamkan, pelakon filem Ombak Rindu itu kini berada di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak malam semalam untuk mendapatkan rawatan selepas diserang sakit pada sendi tengkuk yang dideritai sejak beberapa tahun lalu. K Online

Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker