Pingat Emas dimenangi Ziyad dibatalkan

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan atas faktor teknikal.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziyad.

Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

“Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan.

“Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval,” lapor Astro ARENA.

Terahulu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ziyad pertahan emas Paralimpik, pecah rekod dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker