Curi tabung masjid ketika jemaah solat, wanita dicekup

Curi tabung masjid ketika jemaah solat, wanita dicekup

PADANG BESAR: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mencuri tabung masjid ketika jemaah lain menunaikan solat Isyak, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifudin Aslin Abbas, berkata dalam kejadian Sabtu lalu suspek berusia 28 tahun itu terlebih dahulu datang ke Masjid Padang Pauh untuk mengambil barang makanan dari “Food Bank” masjid berkenaan.



Beliau berkata, suspek kemudian datang sekali lagi untuk mencuri tabung masjid ketika jemaah lain sedang menunaikan solat Isyak, dan polis berjaya mengesan perbuatan suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek ditangkap di rumahnya di Arau pada 9.15 malam Ahad,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, tabung masjid yang dicuri dijumpai di dalam tandas pasar Beseri dan suspek membuat pengakuan bahawa dia menggunakan wang itu untuk mengisi minyak motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

Saifudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine. FMT



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Curi tabung masjid ketika jemaah solat, wanita dicekup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker