Tak adil guna nama kerajaan BN- Annuar

Tak adil guna nama kerajaan BN- Annuar

PERTIKAIAN isu nama kerajaan patut dihentikan segera, dan fokus kepada gerak kerja membantu rakyat, memulihkan negara, tegas Tan Sri Annuar Musa.

Alasannya, isu nama kerajaan yang dibentuk ketika ini sama ada kekal menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) tidak perlu dipanjangkan, sebaliknya perlu adil kepada semua rakan parti lain.



Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menegaskan, apa yang lebih penting kerajaan yang dibentuk adalah kesinambungan daripada yang terdahulu dan negara tidak boleh lagi terjebak dalam kemelut politik berpanjangan kerana akan merugikan rakyat yang berdepan krisis kesihatan Covid-19.

“Yang pentingnya mengekalkan kesinambungan untuk memastikan adanya kestabilan untuk kita mendahulukan kepentingan rakyat.

“Kalau kita biarkan negara terjebak dalam keadaan politik yang uncertain (tidak stabil) maka rakyat yang rugi atau politiking yang berlarutan juga rakyat yang rugi ataupun kerajaan tidak bertuan rakyat juga rugi,” katanya semasa sidang media pada Malam Kasih Merdeka anjuran Rumah Prihatin, malam tadi.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, tidak adil jika Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan pentadbirannya sekarang adalah di bawah kerajaan BN memandangkan terdapat beberapa parti yang lain menyokong pembentukan kerajaan sedia ada.



“BN ada 41 kerusi daripada 114, kita tak boleh nak panggil kerajaan BN. Tapi boleh kata kerajaan pimpinan Barisan Nasional okay.

“Tapi kalau kita nak claim kata ini kerajaan BN sedangkan kita hanya ada 41 sokongan daripada 114 kita tidak berlaku adil pada kawan-kawan kita daripada parti yang lain. Sebab itu saya kata cara yang paling baik adalah tidak dipanjangkan isu nama. Kita tumpukan kepada kerja,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri mendapat sokongan 114 MP untuk dilantik menjadi PM, tetapi daripada jumlah itu hanya 41 MP terdiri daripada gabungan UMNO/BN, sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam PN, antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa sokongan MP Bebas lain.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Utv



Tak adil guna nama kerajaan BN- Annuar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker