Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah

Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah

Sime Darby Bhd bekerjasama dengan Porsche AG untuk mengoperasikan kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman itu di luar Eropah.

Menurut Sime Darby, kerjasama tersebut akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport tersebut untuk pasaran Malaysia dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kerjasama dengan Porsche itu menandakan kematangan dalam hubungannya dengan jenama tersebut.

“Kepercayaan yang diberikan untuk memasang salah satu daripada jenama kereta sport paling dikagumi di dunia ini membuktikan tenaga kerja cekap dan berkemahiran tinggi yang kami miliki di Sime Darby dan keupayaa kami untuk memberikan nilai yang bermakna kepada rakan kami,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, setiap kereta Porsche yang dipasang oleh Sime Darby akan melalui standard dan proses yang sama ketat dengan rakan sejawatnya di Eropah.

“Kami akan meneruskan libat urus yang rapat dengan Porsche AG bagi memastikan kami memenuhi standard Porsche bagi setiap langkah yang diambil,” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Porsche bagi Jualan dan Pemasaran, Detlev von Platen berkata, Malaysia dan seluruh ASEAN adalah rantau yang berpotensi besar dan syarikat kereta itu menantikan model pemasangan tempatan pertama yang akan menemui pelanggannya di Malaysia tahun depan.

“Ketika Porsche bergerak ke era mobilisasi baharu, Malaysia dan rantau ASEAN menjadi bertambah penting. Langkah ini sekarang adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang untuk bergerak seiring dengan permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang dengan pesat,” tambahnya.

Artikel asal disiarkan di DagangNews.

Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


EU Denda Empat Pengeluar Kereta Jerman

Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker