Tiada kematian disebabkan vaksin COVID-19 – Khairy

Tiada kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan disebabkan oleh penerimaan vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 (PICK) dijalankan sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan mempunyai reaksi ringan.

“Kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) memastikan vaksin selamat dan tidak memudaratkan kesan sampingan yang serius.



“Daripada bermulanya program vaksinasi sehingga 30 Ogos 2021, sebanyak 34,455,366 juta vaksin telah diberi. Kadar keseluruhan laporan yang diterima pula adalah 0.53 daripada 1,000 dos.

“Daripada jumlah ini, 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai AEFI serius,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Menurut beliau, kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, pening kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin.

Bagaimanapun, tambah Khairy, mereka yang mengalami kesan sampingan teruk pula hanya memerlukan tempoh rawatan yang singkat di hospital.



“Sehingga hari ini tidak ada satu kes kematian menunjukkan kaitan langsung dengan vaksinasi, tetapi untuk melegakan hati rakyat saya dah bincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, kita akan keluarkan data yang banyak bermula minggu hadapan,” kata Khairy lagi.

Setakat semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan seramai 15,032,301 individu bersamaan 64.2 peratus populari dewasa telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Tiada kematian disebabkan vaksin COVID-19 – Khairy


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker