Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak

Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak

Seorang bilal hanya mampu mengucap panjang selepas terkejut sebahagian sejadah dicemari kotoran dipercayai najis manusia, manakala dinding berbau hancing, dalam kejadian di Surau Taman Setia Bakti, Dungun, hari ini.

Lebih menyedihkan, sebahagian sejadah dan cebisan Al-Quran turut dipercayai dikoyak dan dicampak ke dalam kawasan semak berhampiran kawasan surau.

Bilal berkenaan, Mohd Azhar Mat Ghani, 43, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika mahu mengalunkan azan solat Subuh.

“Sewaktu saya dan isteri tiba di surau pada pukul 5.30 pagi, kami nampak pili air terbuka. Masuk dalam surau pula, ada kesan kotoran pada sejadah selain rak menyimpan al-Quran berselerak.

“Tambah menyedihkan sebahagian sejadah dan cebisan Al-Quran yang dipercayai dikoyak sebelum dicampakkan ke dalam kawasan semak berhampiran kawasan surau,” katanya memetik laporan Kosmo.

Mohd Azhar berkata, beliau dan ahli kariah surau tidak pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat berkenaan.

Tambahnya, ia bukan insiden pertama kerana sebelum ini, beberapa kitab tafsir dan Al-Quran dalam surau tersebut dikesan dicincang pada dua bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 497 akta sama. FMT

Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker