Annuar Musa buka peluang kepada rakyat beri pendapat dalam memperkasa KKMM

Annuar Musa buka peluang kepada rakyat beri pendapat dalam memperkasa KKMM. Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa hari ini membuka ruang kepada rakyat untuk mengemukakan pendapat dan penambahbaikan yang boleh diketengahkan oleh kementerian yang baharu diterajui beliau itu.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, beliau memaklumkan, orang ramai boleh berkongsikan harapan yang ingin dikecapi dalam kementerian tersebut di ruangan komen.

Selain itu, Annuar menjelaskan minggu pertama di bawah kepimpinannya juga akan dipenuhi dengan taklimat oleh jabatan dan agensi di KKMM.

Beliau berharap dapat memahami sepenuhnya kemajuan yang telah dicapai oleh KKMM terutama dalam menangani isu jurang digital dan peluasan teknologi 5G.

“Selain itu, kami akan cuba menghubungkan jaringan internet yang lemah dan melihat bagaimana dapat mempercepat dan menjadikannya lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini menekankan bahawa akses kepada kemudahan internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.Beliau berkata, akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.

Annuar Musa buka peluang kepada rakyat beri pendapat dalam memperkasa KKMM

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker