PKPD: Penduduk melarikan diri digesa jalani saringan Covid-19

PKPD: Penduduk melarikan diri digesa jalani saringan Covid-19 . Penduduk di Taman Nagasari di sini yang bertindak meninggalkan kediaman mereka setelah mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di taman itu, digesa pulang untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, rata-rata penduduk dengan kebanyakannya pekerja industri dipercayai telah meninggalkan rumah masing-masing selepas pengumuman PKPD di lokasi berkenaan yang akan bermula tengah malam ini hingga 17 Julai depan.

“Perbuatan seperti keluar dari lokasi itu untuk tinggal di tempat lain terutama ketika pihak berkuasa sedang giat membuat persediaan melaksanakan PKPD adalah tidak bertanggungjawab, amaran keras diberikan kepada penduduk serta majikan terbabit yang bertindak membelakangi keselamatan awam dan menyalahi undang-undang.



“Penduduk diarah untuk kembali ke kediaman masing-masing supaya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dapat melakukan saringan komuniti dengan cepat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, MBSP mempunyai rekod yang lengkap untuk menjejaki mana-mana individu yang ingkar menerusi operasi bersepadu yang akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KKM.

Terdapat sebanyak 940 unit kediaman di Taman Nagasari yang dikenakan PKPD dengan 244 daripadanya untuk kegunaan industri dan 66 untuk kegiatan komersial manakala masing-masing 295 dan 335 unit lagi melibatkan rumah teres dan rumah pangsa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung dalam kenyataan berasingan berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan melaksanakan saringan Covid-19 secara besar-besaran kepada penduduk di taman itu bermula Ahad.



Katanya, sebuah klinik bergerak akan disediakan di dalam kawasan PKPD itu bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

“Buat masa ini, saya sedang berusaha memastikan rantaian komunikasi penduduk tidak terputus untuk membolehkan kita mengedarkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga kini sedang mengumpul maklumat berkaitan penduduk yang tinggal di dalam kawasan dalam kawasan PKPD Taman Nagasari dan meminta individu yang memerlukan bantuan agar menghubungi pejabatnya di talian 011-24184964. – Bernama

PKPD: Penduduk melarikan diri digesa jalani saringan Covid-19


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Guan Eng mahu Rais ganti Takiyuddin

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker