Pemuda lari PKPD langgar kawat duri

Pemuda lari PKPD langgar kawat duri

Cuba lari dari PKPD: Pemuda cedera motosikal langgar kawat duri

Mersing: Akibat cuba keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seorang lelaki berusia 27 tahun cedera selepas motosikal ditunggang melanggar kawat duri dipasang di Jalan Tenglu Laut, pada 29 Jun lalu.

Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu pada 9.25 malam.

Beliau berkata, mengikut laporan, seorang lelaki menaiki motosikal didapati merempuh penghadang jalan dan kawat duri di Jalan Tenglu Laut, Mersing.

Menurutnya, mangsa berasal dari salah sebuah kampung dalam kawasan PKPD.

“Mangsa menunggang motosikal seorang diri dipercayai cuba untuk keluar dari kawasan PKPD dengan menerusi jalan yang ditutup oleh pihak berkuasa sebelum merempuh kawat duri penghadang jalan yang dipasang.

“Kemalangan mengakibatkan lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Radzi berkata, kes disiasat mengikut seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan akan di kompaun di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana keluar dari rumah atau kawasan PKPD tanpa alasan munasabah.

“Masyarakat digesa agar sentiasa tenang, bersabar dan mematuhi arahan serta prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan mencegah penularan Covid 19,” katanya. HM

Pemuda lari PKPD langgar kawat duri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker