Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial

Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial

Kempen dalam talian bagi menuntut Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan menjadi sohor kini di Twitter petang ini, dengan ramai warga maya berkongsi gambar bendera hitam sebagai tanda sokongan.

Sokongan padu diberikan terhadap kempen tersebut meskipun polis sebelum ini berkata mereka sedang menyiasat kempen itu di bawah Akta Hasutan.



Beberapa gambar mula dimuat naik pada jam 3 petang, bertepatan dengan waktu yang ditetapkan penganjur kempen, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang beberapa hari lalu meminta orang ramai mengibarkan bendera hitam dengan tanda pagar #lawan.

Selain menuntut Muhyiddin meletakkan jawatan, kempen itu juga meminta agar parlimen segera bersidang dan darurat ditamatkan.

Pada jam 4.20 petang, tanda pagar #lawan ditulis lebih 72,000 kali, manakala satu lagi tanda pagar #BenderaHitam yang turut digunakan oleh penyokong kempen berkenaan diciap lebih 17,000 kali.

Antara yang menyokong kempen itu termasuk bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, yang memaparkan foto bendera hitam, dipercayai dikibar di pintu rumahnya.



“Dan dah naik! Bersama kita #lawan,” katanya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan nama Twitter ‘Vaksin Ku Seru’ berkata “Sudah, sudahlah! #Lawan”.

Papar gambar pakaian dalam, kucing hitam

Bagi yang tidak memiliki bendera hitam, mereka menggunakan cara yang lebih kreatif.



Sebahagian mereka menggunakan t-shirt dan singlet hitam untuk dijadikan bendera.

Ada juga yang mengguna beg plastik sampah, malah pakaian dalam berwarna hitam untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Beberapa netizen juga dilihat memaparkan gambar haiwan peliharaan mereka, termasuk anjing dan kucing, yang memiliki bulu berwarna hitam sebagai pengganti bendera hitam.

“Saya tak ada bendera hitam. Saya akan guna ini,” kata pengguna Twitter @ fakhrifitri96, yang memuat naik gambar dua kucing hitam.



Terdahulu, akhbar Kosmo! memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap kempen tersebut.

Abdul Jalil berkata, polis sedang menyiasat kempen itu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Mk

Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker