Kalau Hotel Istana boleh bungkus, bayangkanlah PKS

Kalau Hotel Istana boleh bungkus, bayangkanlah PKS

Kalau Hotel Istana boleh bungkus, bayangkanlah PKS? – Wan Agyl

Jika perniagaan yang seperti Hotel Istana pun boleh ‘bungkus’ bayangkan keseluruhan industri perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang kepada lebih 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?



Itu persoalan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan membayangkan senario yang berlaku di negara ini akibat kesan penularan Covid-19 terutama sektor ekonomi.

“Sudah hampir 16 bulan dalam keadaan ini, saya tidak rasa banyak PKS yang mampu bertahan. PKS mana yang mempunyai simpanan perniagaan sebanyak 16 bulan?

“Benarlah kerajaan memberikan banyak pakej-pakej rangsangan kepada PKS dengan nilai berbilion ringgit tetapi adakah ia mencukupi? Tanpa keupayaan menjalani perniagaan, mana mungkin PKS mampu bertahan?” soalnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut Wan Agyl, rakyat makin tertekan, ekonomi negara makin merudum, kadar pengangguran yang sudah semakin meningkat, peningkatan kes bunuh diri dan masalah-masalah sosial yang lain adalah suatu keadaan yang perlu diatasi segera.

“Sistem kesihatan awam kita sudah tidak mampu lagi menanggung kes-kes yang meningkat begitu mendadak. Ini juga perlukan jalan penyelesaian yang tuntas dan pantas. Libatkan semua pihak, jadilah lebih telus dan kongsilah data-data di platform terbuka untuk diakses oleh pelbagai pihak bagi membantu kerajaan menguruskan krisis ini. Ini adalah masalah kita bersama,” ujarnya.

Terdahulu beliau berkata, tindakan kerajaan di dalam menguruskan krisis memberi kesan besar kepada prestasi ekonomi negara dan juga rakyat.

“Sudah sampai masanya untuk kerajaan bersifat terbuka terutamanya di dalam perkongsian maklumat dan data. Saya yakin ramai pihak termasuklah dalam kalangan pihak swasta yang amat terkesan dengan keadaan hari ini sedia untuk terlibat sama di dalam merangka strategi-strategi bagi membantu kerajaan menguruskan krisis hari ini,” katanya.



Beliau berkata, pengurusan pandemik memerlukan penglibatan semua pihak dam membebaskan negara daripada krisis yang tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya.

Kalau Hotel Istana boleh bungkus, bayangkanlah PKS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker