Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]

ScLizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas

Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan ingin menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan bulan ini kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran video di Instagramnya, Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy meminta mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan untuk menghubunginya.

Lizzy nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan, jadi bulan ini Lizzy bercadang untuk memberikan 50 peratus dari pendapatan untuk membantu anda.

Jadi jika anda memerlukan bantuan, anda boleh mesej (DM) nombor akaun anda kepada Lizzy,” ujarnya.

Namun, dia turut menegaskan bahawa tidak dapat membantu semua dan meminta agar orang ramai bersikap jujur dan tidak mengambil hak orang yang benar-benar memerlukan.

Tapi Lizzy tak boleh nak tolong semua orang, jadi Lizzy minta anda semua berlaku jujur.

Banyak sangat keluarga yang tak cukup makan, jangan ambil hak mereka,” katanya lagi.

Rata-rata netizen memuji usaha murni penyanyi itu sehingga video tersebut mendapat sebanyak 38.9 ribu tontonan.

Terdahulu, Lizzy turut menyuarakan rasa kecewa terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan sekatan perjalanan sekaligus menyebabkan ramai yang terjejas.

Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lizzy cemas peminat nak bunuh diri lihat dia pakai gaun pengantin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker