Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]

Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]

Sejak Sabtu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid yang mendedahkan bahawa isu mengenai terdapat keluarga terputus bekalan makanan di kawasannya adalah tidak benar.

Mastura Nafi Ada Keluarga Yang Terputus Bekalan Makanan

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu rakaman panggilan telefon seorang lelaki yang menghubungi Suria FM apabila menceritakan sebuah keluarga yang berada dalam keadaan menyedihkan.

VIDEO DIBAWAH:-

Susulan itu, pihak Mastura telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut bagi melihat keadaan serta mendapatkan penjelasan lanjut namun keluarga berkenaan menafikan bahawa mereka berada dalam situasi sesukar itu dan menerima bantuan.

Biarpun isu tersebut sudah selesai, namun sebaliknya pula yang berlaku apabila Mastura teruk dikecam oleh netizen berikutan dia dikatakan tidak pernah ‘turun padang’ melihat situasi penduduk di parlimen nya dan hanya ‘turun’ bagi untuk menyelesaikan kes ini yang dilihat mencemarkan nama baiknya.

Mira Filzah Turut Dikecam

Lebih mengejutkan, nama menantunya yang juga pelakon dan pengacara popular Mira Filzah turut dikecam berikutan isu tersebut. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka bertindak mempertahankan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman,28 kerana beranggapan dia tidak bersalah dan terpalit hanya kerana berkahwin dengan anak Mastura, Wan Emir Astar,31.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Parlimen Kuala Kangsa, mereka memandang serius berkenaan isu seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Malah, pihaknya turut meminta orang ramai memastikan terlebih dahulu sebarang berita atau khabar angin sebelum dikongsikan kepada umum.-Murai

Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mastura minta maaf secara terbuka

Mira Filzah sah tunang dengan anak YB Mastura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker