Ismail ucap tahniah kepada Janushaa

Ismail ucap tahniah kepada Janushaa

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), B. Janushaa iaitu pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Beliau menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.



“Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janusha yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia, malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan,” katanya.

Majlis Tamat Pengajian itu disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Ismail Sabri berkata, kejayaan tersebut diharapkannya menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah PKK Janushaa!,” katanya. K Online



Ismail ucap tahniah kepada Janushaa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]



Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker