Ruqyah Paper dijual, netizen jadi bingung (Video)

Ruqyah Paper dijual, netizen jadi bingung (Video)

Selain perubatan moden, masyarakat kita masih bergantung dengan rawatan tradisional sebagai alternatif. Salah satu daripadanya adalah ayat Rukyah yang digunakan dalam Islam kerana didakwa mempunyai pelbagai khasiatnya.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial satu video mengenai kertas rukyah untuk rawatan Islam. Video yang dikongsi oleh @zua_al_azmi di X telah mendapat pelbagai reaksi netizen.



Kertas rukyah itu dijual oleh akaun TikTok @quranfi_ dalam satu peket kecil yang berisi sebuku kertas rukyah. Kertas yang bersaiz kecil itu memudahkan penggunanya untuk merendam terlebih dahulu kertas tersebut dalam segelas air.

Setelah direndam, air di dalam gelas itu juga telah berubah warna dakwat tulisan tersebut.

Menerusi video lain, ada individu merendam kertas rukyah itu di dalam air untuk sauna dan ada juga yang merendamnya dalam segelas teh atau susu untuk menjadikannya air rukyah. Selain itu, akaun berkenaan juga ada menjual beberapa peket jenis ayat quran yang lain seperti Surah Al-Baqarah, Surah Yasin, ayat Syifa dan lain-lain.

Pengguna akaun TikTok itu turut menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat kertas itu antaranya adalah kanji kentang, air, minyak sayur dan sebagainya.



Untuk makluman, ini bukan produk daripada Malaysia. Namun, syarikat ini sedia menjual produk ini di laman rasmi dengan penawaran harga setinggi RM183.

Hantaran video itu sememangnya meraih pelbagai reaksi daripada sejumlah netizen. Masing-masing rasa keliru dengan tindakan yang dibuat oleh penjual tersebut.

Ada yang mengganggap ia bukanlah sesuatu yang haram dilakukan namun bakal menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam dengan penjualan produk sebegini.

Ruqyah Paper dijual, netizen jadi bingung (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker