Resepi ayam masak lapis memang best

Sebaran :

Resepi ayam masak lapis memang best

Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Apa kata cuba resepi ayam masak lapis ni. Resepi yang sangat sedap dan membuka selera.

Tanpa lengahkan masa jom kia cuba resepi sedap ini.

BAHAN-BAHAN:



4 keping dada ayam
250 ml santan pekat
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 biji buah pala
1 biji telur ayam

BAHAN HIRIS:



3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:

Lumur ayam dengan sebahagian bahan kisar. Ketepikan.
Pukul telur dan satukan dengan bahan hiris. Gaul rata.
Panaskan minyak, celup kepingan ayam ke dalam bancuhan telur lalu goreng separuh masak. Angkat dan keluarkan.
Buangkan sedikit lebihan minyak, tumiskan lebihan bahan kisar sehingga kekuningan.
Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kemudian masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi.
Kemudian masukkan pula santan pekat. Jangan dikacau tetapi cukup sekadar,goyang-goyangkan periuk sehingga kuat
menjadi pekat. Akhir sekali, tambahkan garam secukup rasa.
Untuk lebih enak, taburkan dengan hirisan bawang goreng.

Dah pun siap. jangan lupa jamu keluarga dan share resepi ini dengan kawan-kawan anda.



Resepi ayam masak lapis memang best


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply