Penarik beca lakukan amang seksual kepada anak kembar

Penarik beca lakukan amang seksual kepada anak kembar

MELAKA: Seorang penarik beca warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan menunjukkan video seks terhadap dua anak perempuan kembarnya sejak April lalu.

Tertuduh yang berusia 65 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara menggeselkan kaki ke paha salah seorang anak kembarnya berusia 16 tahun lima bulan di sebuah rumah di Pulau Gadong dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 10 pagi pada 6 Jun 2021.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memeluk seorang lagi anak kembarnya berusia 16 tahun lima bulan kira-kira pukul 8 malam pada keesokan harinya sambil menggosok tangan, badan dan pinggul mangsa.

Bagi kedua-kedua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan video lucah dalam telefon bimbit terhadap kedua-dua mangsa sama, pada pertengahan bulan April dan Mei di kediaman sama.



Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A11 yang mengandungi rakaman video lucah dan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, warga emas berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 29 November depan bagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen manakala 30 November di Mahkamah Majistret.

Tertuduh kemudian membayar jaminan tersebut. Utusan

Penarik beca lakukan amang seksual kepada anak kembar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker