Lengan bayi terpaksa dipotong selepas dipukul dengan penyangkut baju

ABUJA: Sekumpulan doktor di Nigeria terpaksa memotong lengan seorang bayi berusia dua bulan gara-gara didera dengan kejam oleh bapanya sendiri selepas dikatakan tangisan anaknya mengganggu dia tidur.

Menurut ibu bayi malang itu, Favour Chikwe, 20, suaminya bertindak menyerang anak mereka yang diberi nama Miracle dengan penyangkut baju plastik kerana tidak tahan mendengar tangisannya.

Lelaki berkenaan, Confidence Amatobi, 31, dikatakan memukul lengan kanan Miracle sekuat hati tanpa belas kasihan ketika isterinya keluar sebentar.

Chikwe yang terdengar tangisan bayinya bergegas masuk ke rumah dan mendapati tangan kanan anak kecil itu membengkak dan tulangnya patah akibat pukulan kuat itu.

“Apabila menyedari dia telah mematahkan tangan anak kami, dia cuba menggunakan kayu dan gelang getah untuk ‘mengikat’ tulang yang patah itu.

“Saya memarahinya tetapi dia terus mengurung kami di dalam bilik untuk menghalang saya daripada memberitahu sesiapa tentang perbuatan jahatnya itu. Dia juga merampas telefon bimbit saya supaya saya tidak boleh menghubungi jiran-jiran untuk meminta tolong,” kata Chikwe.

Wanita itu kemudian berjaya mendapatkan pertolongan untuk menghantar anaknya ke hospital dan membuat laporan polis terhadap suaminya.

Pakar Pediatrik, Dr. Chiedozie Mbalewe berkata, pihaknya terpaksa memotong lengan Miracle bagi menyelamatkan nyawanya selepas tangan bayi itu sudah kebiruan dan mengeluarkan bau busuk.

Pasukan polis di Imo kini sedang berusaha menahan Amatobi yang dilaporkan melarikan diri ekoran kejadian itu.

Menurut tinjauan keganasan kanak-kanak di Nigeria yang dibangunkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 90 peratus kanak-kanak berumur antara 1 hingga 14 tahun di negara ini berdepan sekurang-kurangnya satu bentuk disiplin ganas oleh penjaga sepanjang tahun lalu.-AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker