Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice

Sebaran :

Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice

“Selepas segala ugutan bunuh, caci maki dan macam-macam saya telah lalui, saya harap, dia minta maaf secara terbuka kepada saya dan orang-orang lain yang dianiaya.”

Demikian antara perkongsian terbaharu penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menerusi satu entri yang dimuat naik dalam Instastory miliknya.

Tidak menyebut nama mana-mana pihak secara spesifik, walaubagaimanapun, dalam entri tersebut, pelantun lagu Lenglui itu turut menyertakan satu keratan artikel dirinya bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Ujarnya lagi, manusia sememangnya tidak boleh lari daripada kesilapan dan mengharapkan individu terbabit segera bertaubat.

“Tak kisahlah kita pakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan.

“Saya sentiasa berdoa yang dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah Sayang,” coret Caprice menerusi entri tersebut.


Caprice berkongsi tangkap layar video dirinya seperti sudah berdamai dengan Sharnaaz selepas diperli pelakon itu apabila gagal memasuki Gaza, Palestin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Caprice mendedahkan, ramai mula menyatakan permohonan maaf terhadap dirinya atas apa yang berlaku sebelum ini selepas satu per satu pembongkaran mula menampakkan kejelasan berhubung apa yang diperjuangkan selama ini.

“Saya baca semua DM. Sejujurnya, saya nak ucapkan terima kasih kerana buat semua ini. Saya rasa macam nak menangis sekarang.

“Mungkin kerana terlalu banyak ‘simpan’ banyak perasaan selama tiga bulan ini. Atau rasa macam sikit lagi nak bebas. Terima kasih atas semua DM dan pesanan (mesej),” kata Caprice yang turut memohon maaf andai caranya (berdakwah) agak kasar selama ini.

Semalam, Caprice turut bertemu jalan damai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila dilihat minum satu meja dengan pelakon itu.

Berkongsi video seraya menyertakan kapsyen ringkas berbentuk emoji hati, menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, Caprice dan Sharnaaz dilihat sedang berborak serta tersenyum antara satu sama lain.

Kontroversi dan konflik melibatkan golongan agamawan profilik negara ini kembali menjadi perbualan ramai apabila pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat berdasarkan kiriman serta permintaan daripada mangsa sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Firdaus berkata, dia dan pasukannya sedia berdepan dengan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.

Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.

Pada 20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual. K Online

Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa


Sebaran :

Leave a Reply