Anak lahir di luar negara: Pemuda Umno gesa kerajaan akur keputusan mahkamah

Anak lahir di luar negara: Pemuda Umno gesa kerajaan akur keputusan mahkamah

Pemuda Umno menggesa Pejabat Peguam Negara menarik balik keputusan mengemukakan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu segera menguatkuasakan keputusan berkenaan dengan mengetepikan prosedur di bawah Perkara 15(2) bagi menyelesaikan semua permohonan yang tertunggak seperti disarankan oleh Mahkamah Tinggi.

“Kegagalan pihak JPN mematuhi keputusan mahkamah bukan sahaja boleh dianggap ingkar mahkamah tetapi akan turut menjejaskan hasrat murni konsep Keluarga Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam menjamin keutuhan institusi keluarga serta menjamin hak kanak-kanak terlibat mendapat perhatian terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Pada 14 Sept, Pejabat Peguam Negara dilaporkan memfailkan notis rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

Ia sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept bahawa kerajaan mesti melalui undang-undang membenarkan wanita rakyat Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara.

Hakim Akhtar Tahir, yang menyampaikan keputusannya berkata, perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, jika krisis itu tidak dihentikan segera, ia akan berlanjutan untuk tempoh lebih lama dan menyebabkan kesan negatif kepada kebajikan kanak-kanak berkenaan.

“Malah amalan ini mengakibatkan kesulitan yang berpanjangan dan menjejaskan hak kanak-kanak untuk mendapat akses yang sama dengan kanak-kanak warganegara Malaysia kepada pendidikan di sekolah awam serta rawatan perubatan di hospital kerajaan dan kemudahan asas yang lain.

“Keperitan emosi dan mental pihak-pihak ini hanya kerana anak mereka dilahirkan di luar negara tidak wajar dibiarkan berterusan berlaku,” katanya. FMT

Anak lahir di luar negara: Pemuda Umno gesa kerajaan akur keputusan mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker