Gambar Janna, kentut pun cantik – Zizan

Gambar Janna, kentut pun cantik – Zizan

Selepas isu baju terselak, aktres Janna Nick sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi sekeping gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.

Kali ini, fotonya menjadi bahan bualan netizen apabila aksi yang dipaparkan agak mencolok mata.



Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan netizen berpendapat bahawa pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 26, itu tidak pernah serik berkongsi foto sebegitu.

Selain dibanjiri dengan komen-komen nakal netizen, hantaran tersebut turut mencuri perhatian pelawak terkenal, Zizan Razak yang menyamakan gaya berdiri Janna seperti sedang membuang angin atau kentut.

“Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah),” gurau pelakon filem Polis Evo itu.

Tidak melenting dengan gurauan sesama artis, balas bekas pengacara Melodi itu: “Hahaha, syaitan.”



Komen tersebut seterusnya mengundang tawa netizen dan ada yang berpendapat gurauan Zizan agar kasar.

“Zizan membuat lawak kasar ya,” balas seorang netizen.

Selain Zizan, seorang pelakon, Yasmin Hani pula menulis: “Tumpang letak cawan boleh.”

Terdahulu, pelakon yang sedang mengembangkan kredibiliti sebagai pengarah dan penerbit itu mengundang buah mulut ramai, apabila menyiarkan gambarnya memaparkan baju yang terselak pada bahagian dada.



Janna yang juga kekasih kepada Dini Schatzmann juga seorang pelakon itu mengakui menghidap sejenis gangguan bipolar dan masih meneruskan rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker