Polis nafi ketua balai minta main golf percuma

Polis nafi ketua balai minta main golf percuma

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan dakwaan tular dalam media sosial mengenai sebuah kelab golf, di sini diserbu akibat ‘ketua balai tidak dapat main’.

Dakwaan tular itu dikatakan cuba menfitnah Ketua Balai Polis Bukit Jelutong, Inspektor Saipol Paizi Zainol mahu bermain golf secara percuma dan tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Shah Alam sebelum mengarahkan serbuan dibuat.

Malah tambah kenyataan itu, Saipol dikatakan enggan mendapat kebenaran daripada OCPD dengan alasan ‘tidak mahu kacau bos’ pada cuti umum Hari Malaysia, 16 September lalu.

Bagaimanapun, Pemangku OCPD Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol menafikan serbuan itu dibuat atas alasan demikian dan menegaskan Saipol bukan seorang pemain golf.

Menurutnya serbuan juga dibuat selepas menerima aduan orang awam pada tarikh berkenaan.

“Dalam isu tomahan terhadap Ketua Polis Balai Jelutong, ingin diutarakan beliau bukan seorang pemain golf, he is not a golfer. Operasi pematuhan dan pemantauan SOP Covid-19 terhadap semua kelab golf akan di jalankan dari semasa ke semasa terutamanya enam kelab golf di bawah pentadiran (IPD) Shah Alam.

“Polis IPD Shah Alam menyeru dan berharap agar masyarakat atau mana-mana pihak perlu mendapatkan informasi betul dan sahih sebelum menular isu yang boleh mengaibkan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, susulan serbuan dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kelab Golf Glenmarie, di sini, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan atas kesalahan kegagalan mematuhinya dengan jumlah keseluruhan, RM38,000.

Tiga kompaun sebanyak RM10,000 setiap satu dikenakan kepada majikan akibat gagal memastikan pekerja daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke dalam premis,menyediakan laluan keluar masuk dan tidak memaparkan notis hanya individu lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk.

Sementara itu, empat lagi kompaun sebanyak RM2,000 setiap satu dikenakan kepada empat orang pekerja akibat gagal daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera.

“Seruan pucuk pimpinan pihak Polis IPD Shah Alam agar semua pihak terutamanya warga Shah Alam perlu cakna serta sentiasa patuh mengikut SOP yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya. Utusan

Polis nafi ketua balai minta main golf percuma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker