Netizen sebak lihat lelaki tidur sebelah kubur isteri



Sebaran :

Netizen sebak lihat lelaki tidur sebelah kubur isteri

JAKARTA – Satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang berbaring di sebelah kubur dipercayai milik isterinya menjadi bualan netizen di laman sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @lukmansemborro itu, jelas kelihatan seorang lelaki sedang berbaring di sebelah sebuah kubur tanpa apa-apa kain untuk mengalas tubuhnya.

Dia hanya mengenakan baju berwarna biru dan seluar panjang.



Kubur di sebelahnya pula ditaburi dengan kuntuman bunga yang lkelihatan masih baharu dan segar.

Video tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa lelaki itu berbaring di situ.

Aksi lelaki itu menyebabkan netizen berasa sedih dan sebak.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat membuat andaian bahawa kubur tersebut adalah milik arwah isteri lelaki itu.



“Mungkin isterinya baru meninggal dunia dan dia menunggu di sebelah kubur tersebut. Semoga anda bersabar ya,” tulis seorang netizen.

“Mungkin isterinya meninggal dunia dalam keadaan sedang hamil lalu dia menunggu di sisi isterinya bagi mengelakkan bayinya nanti diambil orang jahat, begitulah kata datuk saya dahulu,” tulis seorang netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton hampir 10,000 kali dengan lebih 6,000 tanda suka. K Online

Netizen sebak lihat lelaki tidur sebelah kubur isteri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Sebaran :


Leave a Reply